Bali Hari Ke-3: Penginapan di Grand Istana Rama Hotel, Kuta, Bali

Hi semua,

Kali ini JD akan kongsikan lagi tentang pengalaman JD semasa bercuti di Bali. Okaylah, rasanya penulisan sebelum ini terlalu ‘pasar’ dan sebenarnya JD masih lagi tercari-cari gaya apa yang sesuai untuk blog berbahasa Melayu ini. Anyway, konsepnya masih sama iaitu JD akan campurkan Bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi mungkin lebih formal dan pengunaan bahasa pasar adalah sangat minimal.

20140315_112712

Terus ke coretan hari ke-3, kami bangun pagi agak lewat, maklumlah malam tadi kan dah overnight gitew. Jam 8.30 pagi, sarapan dah pun disediakan oleh pihak villa diruang makan dalam villa JD. So, semalamnya memang dah diingatkan oleh staff reception yang katanya tak perlu kunci pintu utama pada jam 7.00pagi sebagai tanda kita membenarkan staff service untuk menhantar makanan. Tapi pintu bilik tidur boleh kunci lah. Kalau korang tak ingat macamana layout villa JD ni, cer baca semula article ni ya.

Dalam pukul 10.00pagi, JD dan Chris pun bersiap-siaplah untuk check out dan gerak ke hotel seterusnya di Kuta. Hai lah beratnya hati nak meninggalkan New Pondok Sara Villa yang sangat…sangat…sangat… selesa ni. Apapun, JD harapkan, penginapan seterusnya ini akan tak kurang hebatnya jugak.  🙂 Jarak antara New Pondok Sara Villa ke penginapan seterusnya di Grand Istana Rama Hotel nampak macam dekat. Tapi kami dah belajar dari pengalaman sebelumnya, naik teksi bukan lah mahal mana dan boleh jimat masa. Lagi satu kelebihan JD ialah Bahasa Indonesia JD yang agak fluent (pengaruh dan akibat terlalu banyak menonton sinetron Indonesia) menyebabkan semuanya jadi mudah.

IMG_2568

IMG_2556

IMG_2744

Kurang lebih 30 minit, kami pun sampai ke Grand Istana Rama Hotel di Kuta Bali. Hotel ini terletak di Jalan Pantai Kuta ataupun JD senang cakap, betul-betul di Pantai Kuta, iaitu pantai utama bagi para wisatawan di Bali. Disebabkan kami sampai awal, dan waktu check in adalah pada jam 2.00petang, macam biasa, JD register dulu dan tinggalkan beg pada concierge sebelum berjalan-jalan disekitar Kuta.

Nanti JD akan ceritakan tentang ke mana JD dan Chris pergi sebelum tunggu waktu check in ke bilik kami. Tapi sekarang ni, JD nak share tentang bilik kami di Grand Istana Rama Hotel Kuta, Bali ini. Seriuskan bunyinya? Hahahah….

IMG_2603

IMG_2602

Grand Istana Rama Hotel ini adalah sebuah hotel yang lama. Ataupun JD boleh cakap sangat lama… atau dengan bahasa kasarnya,.. buruk bagi sebuah penginapan berbintang 4. Perasaan tak best dah bermula sejak dari masa kitorang nak check in lagi. Muka staff sangat cantik dengan senyuman yang plastik. Kalau nak dibandingkan dengan staff di New Pondok Sara Villa (yang juga berbintang empat, memang jauh ke daratlah bezanya).

Setelah dapat kunci bilik sekitar 2.30petang (lewat 30 minit), kami pun dibawa ke bilik kami. Okay, penginapan di Istana Grand Rama ni semuanya tiga tingkat saja. So, bilik korang adalah samada ditingkat bawah, tengah ataupun di atas. Macam JD punya bilik ini terletak ditingkat atas bahagian hujung sekali. Rasa macam duduk dekat asrama pulak. Takpe, masa jalan dengan tukang bawa beg ke bilik kitorang, JD dah suspen dah..hahaha…

Sampai saja dalam bilik, bau antik terus menyapa hidung dan selepas lampu dipasang, terlihatlah ruang bilik yang sangat lama…diulang…. sangat lama. Cukuplah dengan katil bersaiz queen dan meja sisi. Dua tempat duduk, balkoni yang tak akan diguna pakai (sebab tak boleh nampak pantai pun kalau duduk dekat balkoni ni) dan TV yang very the zaman dulu (flat screen pleaseeeeee…..)

20140315_141842

20140315_141913

Toilet adalah yang paling azab sekali. Dengan kesan-kesan (macam tak kena cukup sental nih), lantainya yang nampak macam kotor, bau yang tak best (sebab air ventilation tak okay kot untuk toilet ni) dan JD boleh kata yang this is the worst toilet ever untuk hotel berbintang 4 yang pernah JD jumpa.

Dalam banyak-banyak perkara, ada dua saja yang JD akan puji tentang Grand Istana Rama ini. Pertama, lokasinya yang sangat strategik apabila Pantai Kuta hanya di seberang jalan dan tilamnya yang sangat empuk. Selain daripada itu, JD akan kata..K.O…

So, pada pendapat JD, menginap di Grand Istana Rama adalah pilihan yang kurang sesuai kalau korang nak diappreciate like a queen and king. Ini adalah penginapan yang biasa-biasa saja dan JD perlu highlight yang harganya taklah murah, RM290/night. Nasib baik JD tinggal satu malam saja dekat sini dan JD cuma mandi sekali saja sebab tak selera dengan tandas/bilik mandinya yang ..very the…ini. Sekian.

IMG_2561

Hai..muka marah nampak? Hahaha….

Makan-Makan di Imperial Chakri Palace, Pavilion, Kuala Lumpur

Hari ni tetiba je craving nak makan Pad Thai. Mungkin disebabkan tengok ramai kawan-kawan JD yang ke Bangkok minggu ni untuk sambutan tahun baru Thai atau lebih dikenali sebagai Songkran. Maka ramai jugaklah diorang yang sibuk dok posting gambar Thai food especially Pad Thai ni.

So, JD pun dengan immediate effectnya terus search dekat mana restaurant Thai in town yang ada jual Pad Thai yang sedap. Dari hasil research, kebanyakan Thai restaurant terletak di kawasan yang tak boleh JD nak pergi sbb JD tak drive hari ni.

20140411_194358

So, pilihannya adalah Imperial Chakri Palace di KLCC ataupun Pavillion. Then, JD google di Groupon, ada pulak promotion RM15 for RM30 voucher dan RM30 for RM70 voucher untuk Pavillion outlet. Dengan sepantas kilat, JD terus beli voucher yang berharga RM30.

Lepas kerja, office mate JD hantar ke Bukit Bintang dan our reservation actually 8.00pm dan kami dapat table pukul 7.30pm. Nasib baik.

Photo Collage Maker_sgYJEM

Sedap ke tidak foods dekat Chakri Palace ni? Hahaha… nama nak grand. Overall just okay saja. I mean, just okay okay. Maybe sebab JD pernah kerja untuk satu Thai restaurant milik kawan Thai JD masa duduk dekat Vietnam dan their food is the best in the world. Chewah.

Appetiser we all order Som Tam atau nama melayunya Kerabu Mangga dengan kepedasan tahan biasa. Portionnya just nice. Tapi lebih nice kalau diorang letak lebih udang kering dan lebih kacang yang ditumbuk. Baru lah original dan ada uhm.

20140411_195552

Then, we all order tom yam seafood. Rasanya kurang uhm sebab taste macam kurang something. Mungkin rak cukup rasa or aroma daun limau dan jugak serai. Seafoodnya pun tak berapa fresh. So, its just a normal seafood tom yam for us. I like it taste stronger.

20140411_195634

Then, the mission of the day. The Pad Thai. Sebenarnya Pad Thai ni just okay saja. Mungkin agak basah sbb JD expect Pad Thai yang dihidang lebih kering. Taste wise, mungkin perlu letak lebih sikit fish sauce dan lebih udang kering. Tak bolehlah nak kedekut sangat sebab diorang punya restaurant ni tempatnya grand.

20140411_195934

Our drinks, say no to Chinese Tea walaupun ada dalam menu dan termurah. So, eloklah u all order Thai Milk Tea atau Thai Tea ice. Kalau suka manis, mintak lah susu atau gula lebih sikit.

20140411_195251

Untuk dessert, JD order pulut mangga. Tapi sayang, tak berjaya sangat nak impresskan JD. Pulutnya agak keras. Maybe dah masuk angin sebab dah lama sangat prepare. Then santannya tak berapa banyak dan kurang garam. Buah mangganya pun agak ranum. Dia kalau nak sedap better guna mangga yang ngam ngam masak. So, overall Pulut Mangga tu just biasa2 saja. Tak best pun.

20140411_203540

Overall, pengalaman menikmati Thai food di Imperial Chakri Palace adalah just biasa-biasa saja. Really nothing to shout about. If the cheap foods just taste normal, JD tak surelah kalau makanan yang lebih mahal macamana rasanya.

Lain kali, JD nak cuba tempat2 yang dilistkan di bawah ni untuk mencari Thai restaurant terbaik di Kuala Lumpur. Cayalah!!!

Bali Hari Ke-2: Sunset dan Suasana Romantis di Sekitar Pantai Seminyak

Dah tiba masanya untuk JD bayar hutang blog posting berkenaan trip ke Bali yang dah agak lama tertangguh. Bukan apa, kadang2 tu mood untuk menulis tak sampai or kata orang tak sampai seru lagi nak menulis. Baiklah, kalau sebelum ini JD ada berkongsi tentang aktiviti hari ke-2 di Bali dari pagi sampai ke tengahari, kali ini JD akan share tentang aktiviti waktu petang dan malam pada hari yang sama.

Balik saja dari jalan-jalan sekitar Seminyak, JD terus check in villa dan tidur petang sampai pukul 5.30 petang. Dengan erti kata lain, JD dan Chris hampir terlepas peluang untuk shoot sunset moment di pantai Seminyak. So, dengan tergesa-gesa, kami bersiap-siap dan jarak antara villa kami (New Pondok Sara Villa, Jln. Arjuna) adalah lebih kurang 15 minit jika anda berjalan cara cepat.

Nasib baik sempat walaupun keadaan dah hampir gelap/senja dan matahari dah hampir-hampir nak tenggelam. Tapi tak apa, masih tak berapa kecewa sebab view di sekitar pantai Seminyak memang romantik cantik. Ada yang last minit masih lagi surfing, bujang-bujang bali main bola sepak pantai, budak-budak berlari sana-sini, tourist berselfie sana sini dan macam-macam lagi. Tapi seriously, pantai yang cun dan sunset yang seksi, this is the greatest Allah’s (god) present to the servants like us.

Tapi yang lagi awesome ialah di sepanjang area pantai Seminyak ni ada deretan beach front cafe/lounge yang memberi effect yang sangat cool kepada pelanggannya. Bayangkan korang having some drinks sambil bermalasan duduk atas bean bag sambil tengok matahari tenggelam. Lagi best kalau dating dekat sini dengan korang punya boyfriend or girlfriend kan. Ada macam-macam jenis beach front cafe dan korang boleh pilih konsep yang macamana berkenan di hati. Lagi best kalau cafe tu ada life music, lagi lah kuat korang berangan. JD tak singgah pun cafe beach front cafe ni sebab 1) Ingatkan nak ke Jimbaran hari ke-4 nanti dan sebab ke 2) Perut dah lapar.

Bila cerita pasal perut lapar, plan asal JD nak cari local food yang murah2 je. Tapi bila difikirkan balik, kitorang ni duduk area tourist attraction (Seminyak) dan nak cari local food yang murah memang susah. Biasalah, orang Bali bukan makan kat luar sangat. Kebanyakkan tinggal di daerah atau zone yang keluar sikit dari kawasan pelancong. So, akhirnya kami decided untuk sampling the cooking ingredient yang tengahari tadi kitorang beli dekat Bintang Supermarket. Tapi sebab tengaharinya kitorang beli instant paste saja, terpaksalah kitorang pergi lagi ke Bintang Supermarket (lebih kurang 15 minit jalan kaki cepat) untuk beli bahan basah macam boneless chicken, daun salad dan juga santan segera untuk aktiviti masak-memasak nanti. Okay, kalau korang tak baca lagi entry sebelumnya, penginapan kami di New Pondok Sara Villa disediakan lengkap dengan open kitchen yang sangat cool sebab guest boleh memasak dan kelengkapan dapur pun agak complete.

Setelah hampir 30 minit kami me’round dalam Bintang Supermarket, kami pun balik ke hotel naik teksi (waktu pergi kitorang kedekut) sebab jalan very the jam and takut teksi mahal sangat. Tapi bila nak balik, kitorang dah lapar sangat dan dalam kepala just nak campak2 je bahan masakan dan dinner cepat2. Rupanya murah je kot teksi yang kitorang naik. Cuma kena bayar kadar minimum je Rp20,000 sebab villa kitorang sepelaungan je kalau naik teksi (5 minit).

Sampai je ke villa, cepat-cepat kitorang unpack things, slice the chicken dan potong2 apa yang patut. Menu malam tu, JD masak Ayam dengan Paste Rujak Pedas dan Opor Ayam. Disebabkan kitorang tak ada nasi, so kitorang just tuang air panas dalam instant Super Bubur nasi yang kitorang beli dan nah, siaplah makan malam kitorang yang look grand.

Nasihat JD, kalau travel ke Indonesia, cubalah spend time barang sejam, dua or tiga jam untuk berlegar-legar dalam supermarket untuk shopping paste atau bahan masakan. Memang berbaloi. Citer sikit pasal our dinner yang ohsem, Ayam Rujak Pedas ni simple je nak buat. Masukkan paste, ayam dan air sikit. Bila ayam dah hampir masak, masukkan je santan dan tunggu sampai kuah pekat. JD susun-susun daun salad dalam pinggan dan tuang ayam dengan kuahnya sekali dalam serving plate tu. Opor ayam pun not bad jugak. Perasaanya macam lepas dah sampling those paste kan, rasa macam menyesal je tak beli luggage check in masa booking flight ticket. Kalau tak, lagi banyak lah JD borang bahan masakan untuk guna sendiri mahupun buat buah tangan. Takpe..takpe… belajar dari kesilapan kan.

Habis dinner, JD pun terfikir-fikir apa nak buat malamnya. Confius jugak samada nak ke bar sambil tengok2 kehidupan malam dekat area Seminyak atau sekadar berehat-rehat saja dalam bilik. Akhirnya, kitorang decide nak explore gay area sekitar Jalan Dhyana Pura yang terletak lebih kurang 10 ke 15 minit kalau naik teksi dari villa kitorang. Itu, akan JD ceritakan di entry yang lain ya.

 

Corat-Coret di Ambassador Row Serviced Suites by The Lanson Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Hi semua, ini adalah coretan by ke sekian kalinya selepas hampir 3 minggu tidak berblog. Maklumlah, dengan kerja yang bertingkek-tingkek dan weekly routine yang sangat pack. So, untuk meredakan kekusutan dalam kepala ni dan ambil peluang merehat-rehatkan diri, JD pun bookinglah 2 night stay di Ambassador Row Serviced Suites (ARSS) by Lanson Place yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

JD tinggal dekat Puchong saja, jadi kenapa habiskan masa bercuti dekat KL ek? Okay, actually JD malas nak travel jauh-jauh kalau setakat nak habiskan masa hujung minggu. Tujuan percutian kali ini lebih kepada mission untuk ber’hibernate’ dan bermalas-malasan. Actually ada baiknya kalau sekali-sekala kita cuba ubah angin kan. Perasan tak? Kalau kita tidur kat hotel, biasanya akan lebih nyenyak atau omputeh kata, deep sleeping? Tapi tak tahu lah kalau ada orang tu, yang jenis susah nak tidur kalau tidur di tempat yang berlainan dari biasa. Kalau JD lah, dah dapat tilam empuk dan bantal yang sangat gebu, ditambah lagi dengan airconditioner temperature yang just nice, memang sangat sesuailah untuk berhibernasi kan… hahaha.

Okaylah, tak nak berceloteh panjang lebar sangat, kita terus zoom sama ada best ke tidak ARSS ni? Bookingnya dibuat seminggu yang lepas dan sepatutnya JD menginap di hotel ni masa cuti Hari Pekerja nanti, 1 Mei sampai 3 Mei 2014. Tapi disebabkan badan ni yang rasanya macam need a good rest, JD pun try lah call booking.com dan minta diorang ubah booking asal kepada 4 sampai 6 April 2014. Alhamdullillah, request berjaya dan harga bilik JD masih sama iaitu RM420 untuk 3 hari 2 malam (tiada perubahan harga).

Tips pertama, kalau agak-agak korang nak menginap di ARSS dan dalam masa yang sama, nak pergi berjalan-jalan sekitar KL pada hari bekerja (weekday), rasanya idea tu kurang sesuai sebab Jalan Ampang ni traffic jamnya sepanjang masa dari Isnin sampai lah Jumaat malam (kecuali lewat malam tu jalan memang lenganglah). Takut nanti korang bertambah stress pulak bila plan asal nak berhappy-happy kan dan tiba2 stucked dalam trafic jam. Tapi kalau korang stay sini hari Sabtu dan Ahad kira macam best lah sebab jalan area sini memang lengang dan agak mudah kalau nak ke mana-mana.

Living AreaOkay, unit yang JD menginap di ARSS ialah Superior One Bedroom Suite dengan keluasan ruang sekitar 585sqf. So, bila dah kata unit ini adalah One Bedroom Suite kan, so basically ruangannya  macam dalam sebuah apartment satu biliklah. Ada ruang tamu, dapur, bilik tidur dan bathroom dan agak spacious untuk penginapan berdua.

JD ada dengar guest-guest yang long stay dekat ARSS ni kata, better to stay at old unit berbanding unit yang dah diubahsuai. Sebabnya, unit yang lama lebih cosy with carpeted floor and classic style of furniture. Hurm, JD tak pastilah sahih ke tidak maklumat ni. JD just dengar diorang cakap2 masa dalam lift saja. Tapi bilik JD memang just nice dan ini adalah unit yang tidak diubah suai. ARSS ni tak kedekut lampu okay. So, pencahayaan dalam suite ni memang best. Biasalah, kalau kita stay kat hotel kan, warm light dengan table lamp akan memberikan effect yang sangat relaxing dan very cosy aka romantic. That is why’lah orang pergi honeymoon dekat hotel kan… Hehehe

Trying to do work

Apa lagi yang menarik tentang ARSS ni ialah ruang tamu yang selesa lengkap disediakan dengan flat skrin plasma TV, comfy seater for 2 person, coffee table dan glass wall yang memberikan effect natural light masa siang hari. Untuk dalam bilik tidur pulak, ARSS ada sediakan lagi satu TV khas untuk korang suka tengok TV sebelum tidur, tapi yang ni bukan flat skrin lah ya. Bab kitchen pulak, agak berpatutan. Lengkap dengan serba serbi peralatan memasak termasuklah medium size fridge, dapur electric, cooking utensils dan ekzoz fan pun ada jugak. Kira okaylah kan kalau duduk berdua dan nak masak something yang mudah. JD pun masak jugak (cuma lupa nak amik gambar saja) masa stay dekat ARSS ni. Dia punya kitchen area siap berpintu (close kitchen), so korang tak payahlah risau kalau bau sambal yang korang masak tu merebak ke seluruh bilik tidur (atau segenap ruang dalam suite anda). Terus tak ‘class’ kan 😛

Kitchen

Kitchen

Kalau nak beli barang2 basah pun senang jugak, dekat dengan ARSS ni ada Hock Choon Supermarket dan serba serbi fresh and dried cooking ingredient ada dijual. Just jalan kaki sikit saja dah sampai pun ke Hock Choon Supermarket ni. Agak2 kalau malas nak masak, jalan sikit ke Ampang Walk (di hadapan Hock Choon Supermarket) pun okay jugak dan dekat sini adalah beberapa restaurant macam Secret Recipe dan juga restaurant makanan middle east. Agak2 kalau korang budget best, sebelah ARSS ni ada Victoria Station, cer try lah ya… JD tak pernah lagi pergi Victoria Station ni 😥

Bedroom

So far, penginapan di ARSS was great. Ada jugak JD baca comment di Tripadvisor yang cakap tempat ni look old lah, stained mark here and there. But so far I have no problem with that. Mungkin, toilet agak lamalah. JD tak guna pun bath up dia sebab sangat stain. Bukan stain apa, macam bekas tampal dengan plaster dalam bath up tu. Mungkin bocor kot sebelum ni, dan diorang just tampal dengan plaster je (teori sendiri je ni). Kelengkapan asas dalam toilet pun okay, 2 tuala mandi, 1 tuala muka dan 1 floor mat untuk bilik mandi. Cuma, mungkin diorang tak supply hair shampoo kot, but its fine. JD jarang sangat guna shampoo hotel sebab teori sendiri mengatakan shampoo hotel biasa cheap item, dan barangkali boleh merosakkan rambut atau kulit. Boleh caya tak statement ni? Lagi satu, yang tak berapa best ialah hair dryer yang sangat pelik (lama) dan kalau nak blow rambut tu, bau anginnya agak antik (cuba try sendiri ya… susah nak explain). F&B outlet, JD tak cuba, tapi kalau scroll dalam Menu Book dalam JD punya suite, guest memang boleh order food from hotel kitchen lah, tapi JD prefer masak sendiri. Lebih murah dan puas hati.

Secara keseluruhannya, penginapan 3 hari 2 malam di ARSS dengan harga RM420 adalah sangat value for money dan JD berpuas hati. Tak payahlah nak fussy-fussy sangat kan. Cuba bertolak ansur kalau ada kekurangan here and there dan just enjoy my stay. So, kalau korang tercari-cari tempat untuk melarikan diri dari stress kerja, menyorok dari isteri (boleh kan?) atau ada gathering dengan kawan-kawan, cuba cari ARSS di booking.com untuk mendapatkan the best price for your quick escape. Yeeahaaaaa…..

Akhir kata, maaf ya, gambar agak kurang kualiti (padahal guna Samsung Note 3 nih).. Samsung ke Samseng?

Love,

Johan Danial (JD)

Bali Hari Ke-2: Jalan-Jalan Sekitar Seminyak

Salam semuanya,

Masih lagi corat-coret hari Ke-2 di Bali. Kalau u all dah baca previous posting, we all cuma boleh check in our villa selepas jam 2 petang. So, ada dalam 4 jam lagi dan kami pun decided untuk jalan-jalan di sekitar jalan-jalan utama di Seminyak. So, Danial akan share lah sedikit sebanyak tentang apa yang ada dekat area sini.

Jalan Arjuna

Oke! Jalan Arjuna ni ataupun nama lainnya ialah Double 6. Kalau naik teksi, sebut je you all nak ke Double 6 pasti they all pun tahu. Jalan Arjuna ni bermula dari simpang empat [Keraton – Arjuna – Legian – Nakula] dan jalan ni sebenarnya akan habis ke daerah pantai Seminyak. Tak jauh pun, mungkin 5 ke 10 minit you all dah sampai ke beach area. Sepanjang Jalan Arjuna ni, you all akan nampak kedai yang jual beach wear, tattoo services, kraftangan dan tak banyak sangat kedai-kedai makan. Biasanya area sini akan mati sekitar jam 8 malam.

IMG_2332

Jalan Keraton

Dari Jalan Arjuna, we all teruskan lagi explorasi ke Jalan Keraton dan kat sini memang macam-macam ada. Korang nak shopping, restaurant, hotel, perhiasan bali bala, spa, branded item, semuanya ada. Mungkin area Jalan Keraton ni tak sesibuk dan se’havoc’ Jalan Legian. Tapi  rasanya, kalau you all dah merewang area Jalan Keraton ni, tak payah ler korang gatal-gatal nak buat 2nd trip ke Jalan Legian. Overall, kedai-kedainya hampir sama je. And, tak murah you all. Harga tshirt, seluar, kasut, semua lebih kurang KL je. So, tak berbaloi pun kalau nak shopping bagai dekat Bali ni.

IMG_2367

IMG_2356

IMG_2353

Tapi apa yang menarik, Danial suka sangat Bintang Supermarket yang terletak di tengah-tengah Jalan Keraton ni. Supermarket ni tak lah besar sangat, tapi macam-macam ada. Rasanya ramai foreigner (bule) yang duduk Bali memang suka shopping barang dapur dekat sini. Happening Cik Jah!!! Danial memang macam dalam candy store bila tengak ada banyak instant paste yang memang tak ada dekat Malaysia. So, apa lagi, we all borong apa yang ada termasuklah Mee Sedap, sebab katanya, Mee Sedap Indonesia lebih umph dari Malaysia punya. Dah test pun, memang berbeza.

Selain supermarket untuk beli groceries, dekat sini u all boleh beli sim nombor dan belakang supermarket ni ada pejabat pos, in case you all nak hantar poskad untuk yang tersayang. So, kalau orang lain sibuk melawat sana sini, Danial busy dok belek barang dalam supermarket. Hahaha. Makcik-makcik sangat kan?

IMG_2348

Okay, lepas supermarket, kitorang jalan lagi sampai terjumpa satu gerai ni, jual nasi. So, ini lah makanan kedua masa dekat Bali. Very typical Bali food, nasi dengan ayam goreng, tempeh dan sayur. Simple je kan. Oh ya! Dekat Bali ni, teh botol memang popular. Kat mana2 pun ada. The food, awesome walaupun tepi jalan. Janji perut penuh, hati pun senang. Hahaha.

Harga nasi untuk 2 orang ialah Rp 22,000 dan 2 teh ice harganya Rp8000. Kalau convert, lebih kurang harga makan dekat KL jugak.

IMG_2393

IMG_2397

IMG_2396

Jalan Kerobokan

Habis makan kitorang pun jalan dan jalan lagi (bayangkanlah 4 jam) dan macam2 yang we all tengok. Akhirnya, kami sampailah ke penhujung jalan Keraton, dan perjalanan diteruskan lagi merentas Jalan Kerobokan menuju ke Jalan Petitenget.

IMG_2409

IMG_2431

IMG_2427

IMG_2415

IMG_2414

Jalan Kerobokan ni kebanyakkan ada kedai-kedai jual perhiasan bali, perabot-perabot kayu, bean chair, lampu dan yang sewaktu dengannya. Tak banyak kot hotel-hotel atau restaurant dekat area sini. Tapi, we all stop lagi dekat sini sebab teringinlah pulak nak makan bakso. Murah giler bakso dekat sini. Tapi, mungkin tekak Johor kot. Bakso ni memang selalu rasa dia masin-masin macam tu ek? Entahlah, kira boleh makanlah.

Harga bakso untuk 2 serving ialah Rp 16,000 dan 2 Teh Ais Rp 6,000. Murah sikit dekat Jalan Kerobokan sebab dah jauh dari centre area.

IMG_2435

IMG_2438

IMG_2432

Jalan Petitenget

Okay, for me, Petitenget ialah jalan yang mahal. Boleh ek cakap macam ni. Sepanjang jalan ni you all akan nampal restaurant yang besar-besar, exclusive hair salon yang dikelilingi sawah padi (sikit je padinya), wedding hall dan rumah-rumah gedongan gituh.

IMG_2448

IMG_2441

Okaylah, plan awalnya nak explore sampai ke Jalan Batubelig then balik ikut Pantai. Tapi tak sangguplah. Matahari dah atas kepala, so dengan chanteknya we all tahan teksi dan balik ke hotel untuk berendam-rendam dalam pool.

Bali Hari Ke-2: Bersenang-Senang di Pondok Sara Villa, Seminyak, Bali

Salam semua,

Nampaknya energy dan momentum untuk saya menulis blog ni masih kuat dan positive…chewah!!! Jadi, pada kali ini Danial nak berkongsi tentang Pondok Sara Villa, yang terletak di Seminyak Bali. Sebelum bercerita panjang, you all boleh ler baca entri sebelumnya untuk lebih pemahaman. Gituh!

IMG_2318

Alright, so we all sampai ke Pondok Sara Villa agak awal kira-kira jam 10.00 pagi dan memang peraturan di kebanyakkan hotel di sekitar Bali ni memang waktu check in adalah jam 2.00 petang. So, kitorang just register dulu, tinggalkan beg dekat kaunter reception dan terus bebas berlari-lari anak pergi jalan-jalan sekitar Jalan Legian. Actually agak lama lama jugaklah we all berjalan (hampir 4 jam = macam nak pengsan) dan kami sampai ke hotel tepat jam 2.00 petang by teksi.

IMG_2311

Setibanya di villa, kami disembut mesra kot oleh staff yang betugas dan dibawa ke unit villa kami yang bernombor 18. We all giler excited sebab sebelum tengok dalam website http://www.pondoksaravilla.com/ memang macam best jer. The truth, villa ni memang best.

Masuk saja pintu, kami disapa dengan kejernihan dan kebiru-hijauan private pool we all yang memang best. Memang alamatnya berendam jelah kat situ sebab cuaca dekat Bali time ni memang panas.

IMG_2456

Bertentangan dengan kolam renang ialah ruang tamu dan juga open kitchen. Ruang tamu dia simple saja. Ada setting untuk 6 orang, coffee table dan juga flat screen TV. Di area yang sama jugak ada open kitchen siap dengan gas, alatan memasak, pinggan mangkuk segala, siap dengan microwave dan peti sejuk tersedia. So, Danial memang excited lah, tapi terfikir lagi nak masak apa sebab dalam kepala memang dah plan nak hunt Indonesian food saja.

IMG_2461

IMG_2462

Okay, next section ialah bilik tidur. Pun best jugak. Katil super queen yang empuk, air cond yang best giler sebab dekat luar memang panas, lighting yang sangat romantic dan depan katil tu ada glass wall. So, sambil lepak-lepak you all boleh tengok luar or maybe just enjoy the natural light kan?

IMG_2465

Tak cukup dengan bilik tidur, Danial bawak you all ke pintu sebelah lagi. Dekat sini ada dressing table dengan almari besar siap serba serbi dengan hanger and whatever. Jalan depan sikit, ada pulak bath up yang nice nice jer kalau korang rasa tak cukup dengan private pool dekat depan tadi.

IMG_2475

IMG_2472

IMG_2470

Okay, tadi ada share pasal open kitchen kan? Yes, memang Danial masak pun malam tu sebab masa sebelum check in kan ada pergi jalan-jalan dekat area Seminyak, terjumpa Bintang Supermarket, then tengok ada banyak pulak paste paste masakan yang oshem. So sebelum beli banyak-banyak, we all try ler dulu dan ternyata memang best.

IMG_2555

Ah! Apa kekurangan villa ni? mungkin agak bising atau you all boleh dengar suara jiran atau bunyi motorsikal lalu. Tapi tak selalulah. Then, mungkin ada nyamuk, then jangan risau, spray ridset ada disediakan. Kalau u all suka tengok TV sebelum tidur, memang kena tidur dekat luarlah jawabnya sebab TV tak ada dalam bilik. Then, tak ada kipas dekat living area. Ye lah kan, kalau rasa panas, korang berendam jer. Tapi diingatkan ya ibu-ibu, villa ni kurang sesuai kalau u all ada anak kecik. Kang terjatuh dalam kolam, satu hal pulak kan!

Tapi Danial rasa, Pondok Sara Villa ni memang best dan mampu diduduki milik. Masa we all stay, harganya dalam Rp 1,600,000 gituh, atau RM500 je. Kalau ada yang nak honeymoon ke, second honeymoon atau third honeymoon, memang sesuai sangatlah. Tak payah nak ke pantai pun sebab spending time dalam villa ni pun dah cukup.

Bali Hari Pertama: Kuala Lumpur – Arrival Tengah Malam – Bali

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Eloknya mulakan blog posting dengan memberi salam. Lagi-lagi bila posting ini adalah yang entri yang pertama sekali untuk Microscopasia Journal di dalam Bahasa Melayu. Okaylah, tanpa berceloteh panjang lagi, Danial nak cerita tentang pengalaman masa liburan di Bali minggu lepas. Secara ringkasnya, Bali adalah tempat yang sangat menyeronokkan. Jika you all tak pernah sampai lagi, cepat-cepat booking flight ticket dan terbang ke Bali untuk merasainya pengalaman bercuti dan berehat di pulau Dewata ini.

Actually, pergi ke Bali ni bukanlah rancangan awal kitorang. Sebelum ni, Danial and my best friend, Chris plan nak ke Singapore je untuk celebrate Birthday dia dekat sana. Tapi, bila difikir-fikir semula, dengan budget RM2000, kami fikir tak mungkin cukup untuk orang-orang bernafsu besar macam we all ni. Lagi-lagi untuk bercuti di salah satu negara yang termahal di dunia ini aka Singapore.

Kami berlepas pada 13 Mac 2014 and kami beli tiket dengan harga RM788 daripada AirAsia untuk 2 orang. Kira murah lah tu sebab minggu lepas ada dua orang lagi member bayar RM1100 untuk 2 orang. Kira kitorang save RM300 lah.

Flight schedule pukul 8.25 malam dan dijangkakan untuk sampai ke Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar Bali lebih kurang jam 11.25 malam. Tapi, memandangkan suasana alam dekat Puchong ni yang sangat berjerebu dan kami terpaksa bersesak nafas dalam rumah (lagi-lagi lepas pintu dan tingkap bertutup rapat) almaklumlah rumah memang takde air cond ya, kami buat keputusan untuk lari ke LCCT dan lepak dekat sana sampai boarding.

LCCT Kuala Lumpur

Selepas lama menunggu muka dah berminyak dah, kami pun berlepas dengan penuh debaran pada jam 8.25 malam and dalam kepala ni cuma fikir nak cepat sampai and landing atas katil sebab mengantuk sangat. Tapi sepanjang 3 jam terbang tu, mata ni tak nak terlelap pulak Walaupun sebelum boarding dah makan, we all tetap lapar gatal nak order in flight meal. So, we all pun order lah Nasi Kuning Menado sebab, kalau order Nasi Lemak telanjang, dah biasa makan kan. So, try ler something new sebab dalam flight ke Indon je boleh dapat ni. Macamana nak decribe Nasi Kuning Menado ni ya? …. Rasa macam nasi lemak Malaysia, tapi lebih banyak rasa; ada rasa serai dan rempah2 melayu yang lain. Lepas tu, nasi ni ada ayam yang dicarik-carik, vege on side dan of course, Sambal. Tak sah kalau Indonesian food tak ada sambal on the side kan?

AirAsia Indonesia Menu

Nasi Kuning Manado

Nasi Kuning Manado

So, lepas 3 jam, kami pun selamatlah landing ke Ngurah Rai International Airport. Yang kelakarnya, sebaik saja we all keluar dari perut kapal terbang, kita kena naik bas pulak untuk bawa kami ke terminal utama yang jauhnya dalam 2 minit berjalan kaki. Bayangkan betapa jauhnya kan? Hahaha… So, lepas selesai semua hal-hal immigration, jam dah pukul 12 pagi dan kami pun mula mencari hala yang berikutnya.

Oh ya, memandangkan yang we all sampai dah tengah malam, agak kurang bijak rasanya untuk terus menuju ke hotel kami di Seminyak, nun di sedikit utara daripada Kuta centre. Jadi, awal-awal lagi kami booking hotel transit di Airport Kuta Hotel & Residence (Nama je grand) dengan menggunakan booking.com sebagai istana hinggap kami yang pertama sebelum check in ke penginapan yang sebenar pagi nanti. Chewahhh….

Satu kejadian sengal aka pengalaman. Kalau tengok di Google Map, Airport nak ke hotel ‘tengah malam ni’ macam dekat je. Tapi kenyataannya, jalannya lebih lebar dan mana2 nampak macam sama je. Memang first 30 minutes tu kitorang pusing-pusing saja sambil cari-cari landmark yang tertera dalam Google Map.

Nasib baiklah Bahasa Indonesia Danial agak power, orang pertama Danial tanya ialah pekerja 24hrs mart, tapi sayang dia orang perantauan dan tak tau dekat mana hotel yang kami nak tuju. Next, kami tanya penjaga parkir dan kami dapat sikit idea dekat mana tempatnya. Apa yang kami kena cari ialah Anika Hotel sebagai landmark. Sepanjang perjalanan tu memang kena sapa je lah dengan tukang ojek (motor taxi driver) offer Rp 10,000 untuk bawak we all ke hotel yang nak dituju. Tapi kami sangat eksyen nak jalan kaki katanya. Bila we all cakap nak jalan kaki saja, kata tukang ojek tu, “Lumayan capek mas, paling kurang 1 kilometer kalau mau jalan”… ada aku kisah? Walaupun dalam keadaan berpeluh sambil bawa bagpack, Chris kat belakang ikut je Danial dengan muka penat. Hahaha.

Akhirnya, kami pun dengan gembiranya nampak landmark yang kami cari (Hotel Anika) dan gembiranya macam dapat emas. Bila difikirkan balik, we all patut pergi ke hotel ni by taxi dan mingkin costnya dalam Rp 20,000 je dan takkan berpeluh jantan sangat. Danial cuma takut kena tipu je walau hakikatnya, sekali pun Danial tak kena tipu masa bercuti di Bali – Akan diceritakan lagi nanti.

Airport Kuta Hotel & Residence

Tentang Airport Kuta Hotel & Residence ni, hotelnya basic saja. Rp 205,000 untuk satu malam bagi bilik biasa. Walaubagaimanapun, hotel murah tak bererti tak bagus kan. Tilamnya masih empuk, bilik yang bersih tanpa bau-bauan yang tak menyenangkan, bilik air yang okay siap dengan toiletries dan balcony yang luas. Cuma satu saja, saiz TV nya sangat lah comel. Hahaha. Tanpa berlengah panjang, kami mandi koboi dan terus membuta. PS: set jam pukul 6.30pagi sebab tak nak terlepas breakfast FREE. Penting itu yang kawan-kawan.

The view of Bali

Sebaik saja bangun pagi, Danial terus berlari-lari anak menuju ke balcony. Alhamdullah syukur. Udara segar Bali menerpa wajah kekasih sambil menikmati permandangan bumbung-bumbung rumah orang Bali dan langit yang hampir membiru. Walaupun jam baru pukul 6.30 pagi, motor dan kereta mula sibuk ke sana sini dan jiran tetangga dah mula bersembang. Terasa keIndonesiaannya.

IMG_2306

Tepat jam 7 pagi, kami dengan laparnya menuju ke tingkat bawah untuk cari buffet sarapan yang sememangnya dah tersedia untuk para tetamu. Mee Goreng Indonesian Style memang best dan secara rasminya, inilah makanan Indonesia pertama saya di Bali. Selain daripada mee goreng, ada jugak makanan lain seperti kuih bakar dan buah-buahan. Not bad kan. Danial ambil mee goreng tu sikit-sikit je tapi banyak kali. Kalau tengok guest Indon yang lain lagi dahsyat, ambil sekali penuh sepinggan, lepas tu ambil lagi untuk round kedua.

Mee Goreng Indonesia

So, bila perut dah kenyang, we all naik semula ke bilik, mandi dan sekitar jam 9 pagi, kami check out dan hotel staff bantu we all untuk dapatkan teksi untuk bawa kami ke next stop, New Pondok Sara Villa yang terletak di Seminyak.