Bali Hari Pertama: Kuala Lumpur – Arrival Tengah Malam – Bali

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Eloknya mulakan blog posting dengan memberi salam. Lagi-lagi bila posting ini adalah yang entri yang pertama sekali untuk Microscopasia Journal di dalam Bahasa Melayu. Okaylah, tanpa berceloteh panjang lagi, Danial nak cerita tentang pengalaman masa liburan di Bali minggu lepas. Secara ringkasnya, Bali adalah tempat yang sangat menyeronokkan. Jika you all tak pernah sampai lagi, cepat-cepat booking flight ticket dan terbang ke Bali untuk merasainya pengalaman bercuti dan berehat di pulau Dewata ini.

Actually, pergi ke Bali ni bukanlah rancangan awal kitorang. Sebelum ni, Danial and my best friend, Chris plan nak ke Singapore je untuk celebrate Birthday dia dekat sana. Tapi, bila difikir-fikir semula, dengan budget RM2000, kami fikir tak mungkin cukup untuk orang-orang bernafsu besar macam we all ni. Lagi-lagi untuk bercuti di salah satu negara yang termahal di dunia ini aka Singapore.

Kami berlepas pada 13 Mac 2014 and kami beli tiket dengan harga RM788 daripada AirAsia untuk 2 orang. Kira murah lah tu sebab minggu lepas ada dua orang lagi member bayar RM1100 untuk 2 orang. Kira kitorang save RM300 lah.

Flight schedule pukul 8.25 malam dan dijangkakan untuk sampai ke Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar Bali lebih kurang jam 11.25 malam. Tapi, memandangkan suasana alam dekat Puchong ni yang sangat berjerebu dan kami terpaksa bersesak nafas dalam rumah (lagi-lagi lepas pintu dan tingkap bertutup rapat) almaklumlah rumah memang takde air cond ya, kami buat keputusan untuk lari ke LCCT dan lepak dekat sana sampai boarding.

LCCT Kuala Lumpur

Selepas lama menunggu muka dah berminyak dah, kami pun berlepas dengan penuh debaran pada jam 8.25 malam and dalam kepala ni cuma fikir nak cepat sampai and landing atas katil sebab mengantuk sangat. Tapi sepanjang 3 jam terbang tu, mata ni tak nak terlelap pulak Walaupun sebelum boarding dah makan, we all tetap lapar gatal nak order in flight meal. So, we all pun order lah Nasi Kuning Menado sebab, kalau order Nasi Lemak telanjang, dah biasa makan kan. So, try ler something new sebab dalam flight ke Indon je boleh dapat ni. Macamana nak decribe Nasi Kuning Menado ni ya? …. Rasa macam nasi lemak Malaysia, tapi lebih banyak rasa; ada rasa serai dan rempah2 melayu yang lain. Lepas tu, nasi ni ada ayam yang dicarik-carik, vege on side dan of course, Sambal. Tak sah kalau Indonesian food tak ada sambal on the side kan?

AirAsia Indonesia Menu

Nasi Kuning Manado

Nasi Kuning Manado

So, lepas 3 jam, kami pun selamatlah landing ke Ngurah Rai International Airport. Yang kelakarnya, sebaik saja we all keluar dari perut kapal terbang, kita kena naik bas pulak untuk bawa kami ke terminal utama yang jauhnya dalam 2 minit berjalan kaki. Bayangkan betapa jauhnya kan? Hahaha… So, lepas selesai semua hal-hal immigration, jam dah pukul 12 pagi dan kami pun mula mencari hala yang berikutnya.

Oh ya, memandangkan yang we all sampai dah tengah malam, agak kurang bijak rasanya untuk terus menuju ke hotel kami di Seminyak, nun di sedikit utara daripada Kuta centre. Jadi, awal-awal lagi kami booking hotel transit di Airport Kuta Hotel & Residence (Nama je grand) dengan menggunakan booking.com sebagai istana hinggap kami yang pertama sebelum check in ke penginapan yang sebenar pagi nanti. Chewahhh….

Satu kejadian sengal aka pengalaman. Kalau tengok di Google Map, Airport nak ke hotel ‘tengah malam ni’ macam dekat je. Tapi kenyataannya, jalannya lebih lebar dan mana2 nampak macam sama je. Memang first 30 minutes tu kitorang pusing-pusing saja sambil cari-cari landmark yang tertera dalam Google Map.

Nasib baiklah Bahasa Indonesia Danial agak power, orang pertama Danial tanya ialah pekerja 24hrs mart, tapi sayang dia orang perantauan dan tak tau dekat mana hotel yang kami nak tuju. Next, kami tanya penjaga parkir dan kami dapat sikit idea dekat mana tempatnya. Apa yang kami kena cari ialah Anika Hotel sebagai landmark. Sepanjang perjalanan tu memang kena sapa je lah dengan tukang ojek (motor taxi driver) offer Rp 10,000 untuk bawak we all ke hotel yang nak dituju. Tapi kami sangat eksyen nak jalan kaki katanya. Bila we all cakap nak jalan kaki saja, kata tukang ojek tu, “Lumayan capek mas, paling kurang 1 kilometer kalau mau jalan”… ada aku kisah? Walaupun dalam keadaan berpeluh sambil bawa bagpack, Chris kat belakang ikut je Danial dengan muka penat. Hahaha.

Akhirnya, kami pun dengan gembiranya nampak landmark yang kami cari (Hotel Anika) dan gembiranya macam dapat emas. Bila difikirkan balik, we all patut pergi ke hotel ni by taxi dan mingkin costnya dalam Rp 20,000 je dan takkan berpeluh jantan sangat. Danial cuma takut kena tipu je walau hakikatnya, sekali pun Danial tak kena tipu masa bercuti di Bali – Akan diceritakan lagi nanti.

Airport Kuta Hotel & Residence

Tentang Airport Kuta Hotel & Residence ni, hotelnya basic saja. Rp 205,000 untuk satu malam bagi bilik biasa. Walaubagaimanapun, hotel murah tak bererti tak bagus kan. Tilamnya masih empuk, bilik yang bersih tanpa bau-bauan yang tak menyenangkan, bilik air yang okay siap dengan toiletries dan balcony yang luas. Cuma satu saja, saiz TV nya sangat lah comel. Hahaha. Tanpa berlengah panjang, kami mandi koboi dan terus membuta. PS: set jam pukul 6.30pagi sebab tak nak terlepas breakfast FREE. Penting itu yang kawan-kawan.

The view of Bali

Sebaik saja bangun pagi, Danial terus berlari-lari anak menuju ke balcony. Alhamdullah syukur. Udara segar Bali menerpa wajah kekasih sambil menikmati permandangan bumbung-bumbung rumah orang Bali dan langit yang hampir membiru. Walaupun jam baru pukul 6.30 pagi, motor dan kereta mula sibuk ke sana sini dan jiran tetangga dah mula bersembang. Terasa keIndonesiaannya.

IMG_2306

Tepat jam 7 pagi, kami dengan laparnya menuju ke tingkat bawah untuk cari buffet sarapan yang sememangnya dah tersedia untuk para tetamu. Mee Goreng Indonesian Style memang best dan secara rasminya, inilah makanan Indonesia pertama saya di Bali. Selain daripada mee goreng, ada jugak makanan lain seperti kuih bakar dan buah-buahan. Not bad kan. Danial ambil mee goreng tu sikit-sikit je tapi banyak kali. Kalau tengok guest Indon yang lain lagi dahsyat, ambil sekali penuh sepinggan, lepas tu ambil lagi untuk round kedua.

Mee Goreng Indonesia

So, bila perut dah kenyang, we all naik semula ke bilik, mandi dan sekitar jam 9 pagi, kami check out dan hotel staff bantu we all untuk dapatkan teksi untuk bawa kami ke next stop, New Pondok Sara Villa yang terletak di Seminyak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s