Corat-Coret di Ambassador Row Serviced Suites by The Lanson Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Hi semua, ini adalah coretan by ke sekian kalinya selepas hampir 3 minggu tidak berblog. Maklumlah, dengan kerja yang bertingkek-tingkek dan weekly routine yang sangat pack. So, untuk meredakan kekusutan dalam kepala ni dan ambil peluang merehat-rehatkan diri, JD pun bookinglah 2 night stay di Ambassador Row Serviced Suites (ARSS) by Lanson Place yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

JD tinggal dekat Puchong saja, jadi kenapa habiskan masa bercuti dekat KL ek? Okay, actually JD malas nak travel jauh-jauh kalau setakat nak habiskan masa hujung minggu. Tujuan percutian kali ini lebih kepada mission untuk ber’hibernate’ dan bermalas-malasan. Actually ada baiknya kalau sekali-sekala kita cuba ubah angin kan. Perasan tak? Kalau kita tidur kat hotel, biasanya akan lebih nyenyak atau omputeh kata, deep sleeping? Tapi tak tahu lah kalau ada orang tu, yang jenis susah nak tidur kalau tidur di tempat yang berlainan dari biasa. Kalau JD lah, dah dapat tilam empuk dan bantal yang sangat gebu, ditambah lagi dengan airconditioner temperature yang just nice, memang sangat sesuailah untuk berhibernasi kan… hahaha.

Okaylah, tak nak berceloteh panjang lebar sangat, kita terus zoom sama ada best ke tidak ARSS ni? Bookingnya dibuat seminggu yang lepas dan sepatutnya JD menginap di hotel ni masa cuti Hari Pekerja nanti, 1 Mei sampai 3 Mei 2014. Tapi disebabkan badan ni yang rasanya macam need a good rest, JD pun try lah call booking.com dan minta diorang ubah booking asal kepada 4 sampai 6 April 2014. Alhamdullillah, request berjaya dan harga bilik JD masih sama iaitu RM420 untuk 3 hari 2 malam (tiada perubahan harga).

Tips pertama, kalau agak-agak korang nak menginap di ARSS dan dalam masa yang sama, nak pergi berjalan-jalan sekitar KL pada hari bekerja (weekday), rasanya idea tu kurang sesuai sebab Jalan Ampang ni traffic jamnya sepanjang masa dari Isnin sampai lah Jumaat malam (kecuali lewat malam tu jalan memang lenganglah). Takut nanti korang bertambah stress pulak bila plan asal nak berhappy-happy kan dan tiba2 stucked dalam trafic jam. Tapi kalau korang stay sini hari Sabtu dan Ahad kira macam best lah sebab jalan area sini memang lengang dan agak mudah kalau nak ke mana-mana.

Living AreaOkay, unit yang JD menginap di ARSS ialah Superior One Bedroom Suite dengan keluasan ruang sekitar 585sqf. So, bila dah kata unit ini adalah One Bedroom Suite kan, so basically ruangannya  macam dalam sebuah apartment satu biliklah. Ada ruang tamu, dapur, bilik tidur dan bathroom dan agak spacious untuk penginapan berdua.

JD ada dengar guest-guest yang long stay dekat ARSS ni kata, better to stay at old unit berbanding unit yang dah diubahsuai. Sebabnya, unit yang lama lebih cosy with carpeted floor and classic style of furniture. Hurm, JD tak pastilah sahih ke tidak maklumat ni. JD just dengar diorang cakap2 masa dalam lift saja. Tapi bilik JD memang just nice dan ini adalah unit yang tidak diubah suai. ARSS ni tak kedekut lampu okay. So, pencahayaan dalam suite ni memang best. Biasalah, kalau kita stay kat hotel kan, warm light dengan table lamp akan memberikan effect yang sangat relaxing dan very cosy aka romantic. That is why’lah orang pergi honeymoon dekat hotel kan… Hehehe

Trying to do work

Apa lagi yang menarik tentang ARSS ni ialah ruang tamu yang selesa lengkap disediakan dengan flat skrin plasma TV, comfy seater for 2 person, coffee table dan glass wall yang memberikan effect natural light masa siang hari. Untuk dalam bilik tidur pulak, ARSS ada sediakan lagi satu TV khas untuk korang suka tengok TV sebelum tidur, tapi yang ni bukan flat skrin lah ya. Bab kitchen pulak, agak berpatutan. Lengkap dengan serba serbi peralatan memasak termasuklah medium size fridge, dapur electric, cooking utensils dan ekzoz fan pun ada jugak. Kira okaylah kan kalau duduk berdua dan nak masak something yang mudah. JD pun masak jugak (cuma lupa nak amik gambar saja) masa stay dekat ARSS ni. Dia punya kitchen area siap berpintu (close kitchen), so korang tak payahlah risau kalau bau sambal yang korang masak tu merebak ke seluruh bilik tidur (atau segenap ruang dalam suite anda). Terus tak ‘class’ kan 😛

Kitchen

Kitchen

Kalau nak beli barang2 basah pun senang jugak, dekat dengan ARSS ni ada Hock Choon Supermarket dan serba serbi fresh and dried cooking ingredient ada dijual. Just jalan kaki sikit saja dah sampai pun ke Hock Choon Supermarket ni. Agak2 kalau malas nak masak, jalan sikit ke Ampang Walk (di hadapan Hock Choon Supermarket) pun okay jugak dan dekat sini adalah beberapa restaurant macam Secret Recipe dan juga restaurant makanan middle east. Agak2 kalau korang budget best, sebelah ARSS ni ada Victoria Station, cer try lah ya… JD tak pernah lagi pergi Victoria Station ni 😥

Bedroom

So far, penginapan di ARSS was great. Ada jugak JD baca comment di Tripadvisor yang cakap tempat ni look old lah, stained mark here and there. But so far I have no problem with that. Mungkin, toilet agak lamalah. JD tak guna pun bath up dia sebab sangat stain. Bukan stain apa, macam bekas tampal dengan plaster dalam bath up tu. Mungkin bocor kot sebelum ni, dan diorang just tampal dengan plaster je (teori sendiri je ni). Kelengkapan asas dalam toilet pun okay, 2 tuala mandi, 1 tuala muka dan 1 floor mat untuk bilik mandi. Cuma, mungkin diorang tak supply hair shampoo kot, but its fine. JD jarang sangat guna shampoo hotel sebab teori sendiri mengatakan shampoo hotel biasa cheap item, dan barangkali boleh merosakkan rambut atau kulit. Boleh caya tak statement ni? Lagi satu, yang tak berapa best ialah hair dryer yang sangat pelik (lama) dan kalau nak blow rambut tu, bau anginnya agak antik (cuba try sendiri ya… susah nak explain). F&B outlet, JD tak cuba, tapi kalau scroll dalam Menu Book dalam JD punya suite, guest memang boleh order food from hotel kitchen lah, tapi JD prefer masak sendiri. Lebih murah dan puas hati.

Secara keseluruhannya, penginapan 3 hari 2 malam di ARSS dengan harga RM420 adalah sangat value for money dan JD berpuas hati. Tak payahlah nak fussy-fussy sangat kan. Cuba bertolak ansur kalau ada kekurangan here and there dan just enjoy my stay. So, kalau korang tercari-cari tempat untuk melarikan diri dari stress kerja, menyorok dari isteri (boleh kan?) atau ada gathering dengan kawan-kawan, cuba cari ARSS di booking.com untuk mendapatkan the best price for your quick escape. Yeeahaaaaa…..

Akhir kata, maaf ya, gambar agak kurang kualiti (padahal guna Samsung Note 3 nih).. Samsung ke Samseng?

Love,

Johan Danial (JD)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s