Bali Hari Ke-2: Sunset dan Suasana Romantis di Sekitar Pantai Seminyak

Dah tiba masanya untuk JD bayar hutang blog posting berkenaan trip ke Bali yang dah agak lama tertangguh. Bukan apa, kadang2 tu mood untuk menulis tak sampai or kata orang tak sampai seru lagi nak menulis. Baiklah, kalau sebelum ini JD ada berkongsi tentang aktiviti hari ke-2 di Bali dari pagi sampai ke tengahari, kali ini JD akan share tentang aktiviti waktu petang dan malam pada hari yang sama.

Balik saja dari jalan-jalan sekitar Seminyak, JD terus check in villa dan tidur petang sampai pukul 5.30 petang. Dengan erti kata lain, JD dan Chris hampir terlepas peluang untuk shoot sunset moment di pantai Seminyak. So, dengan tergesa-gesa, kami bersiap-siap dan jarak antara villa kami (New Pondok Sara Villa, Jln. Arjuna) adalah lebih kurang 15 minit jika anda berjalan cara cepat.

Nasib baik sempat walaupun keadaan dah hampir gelap/senja dan matahari dah hampir-hampir nak tenggelam. Tapi tak apa, masih tak berapa kecewa sebab view di sekitar pantai Seminyak memang romantik cantik. Ada yang last minit masih lagi surfing, bujang-bujang bali main bola sepak pantai, budak-budak berlari sana-sini, tourist berselfie sana sini dan macam-macam lagi. Tapi seriously, pantai yang cun dan sunset yang seksi, this is the greatest Allah’s (god) present to the servants like us.

Tapi yang lagi awesome ialah di sepanjang area pantai Seminyak ni ada deretan beach front cafe/lounge yang memberi effect yang sangat cool kepada pelanggannya. Bayangkan korang having some drinks sambil bermalasan duduk atas bean bag sambil tengok matahari tenggelam. Lagi best kalau dating dekat sini dengan korang punya boyfriend or girlfriend kan. Ada macam-macam jenis beach front cafe dan korang boleh pilih konsep yang macamana berkenan di hati. Lagi best kalau cafe tu ada life music, lagi lah kuat korang berangan. JD tak singgah pun cafe beach front cafe ni sebab 1) Ingatkan nak ke Jimbaran hari ke-4 nanti dan sebab ke 2) Perut dah lapar.

Bila cerita pasal perut lapar, plan asal JD nak cari local food yang murah2 je. Tapi bila difikirkan balik, kitorang ni duduk area tourist attraction (Seminyak) dan nak cari local food yang murah memang susah. Biasalah, orang Bali bukan makan kat luar sangat. Kebanyakkan tinggal di daerah atau zone yang keluar sikit dari kawasan pelancong. So, akhirnya kami decided untuk sampling the cooking ingredient yang tengahari tadi kitorang beli dekat Bintang Supermarket. Tapi sebab tengaharinya kitorang beli instant paste saja, terpaksalah kitorang pergi lagi ke Bintang Supermarket (lebih kurang 15 minit jalan kaki cepat) untuk beli bahan basah macam boneless chicken, daun salad dan juga santan segera untuk aktiviti masak-memasak nanti. Okay, kalau korang tak baca lagi entry sebelumnya, penginapan kami di New Pondok Sara Villa disediakan lengkap dengan open kitchen yang sangat cool sebab guest boleh memasak dan kelengkapan dapur pun agak complete.

Setelah hampir 30 minit kami me’round dalam Bintang Supermarket, kami pun balik ke hotel naik teksi (waktu pergi kitorang kedekut) sebab jalan very the jam and takut teksi mahal sangat. Tapi bila nak balik, kitorang dah lapar sangat dan dalam kepala just nak campak2 je bahan masakan dan dinner cepat2. Rupanya murah je kot teksi yang kitorang naik. Cuma kena bayar kadar minimum je Rp20,000 sebab villa kitorang sepelaungan je kalau naik teksi (5 minit).

Sampai je ke villa, cepat-cepat kitorang unpack things, slice the chicken dan potong2 apa yang patut. Menu malam tu, JD masak Ayam dengan Paste Rujak Pedas dan Opor Ayam. Disebabkan kitorang tak ada nasi, so kitorang just tuang air panas dalam instant Super Bubur nasi yang kitorang beli dan nah, siaplah makan malam kitorang yang look grand.

Nasihat JD, kalau travel ke Indonesia, cubalah spend time barang sejam, dua or tiga jam untuk berlegar-legar dalam supermarket untuk shopping paste atau bahan masakan. Memang berbaloi. Citer sikit pasal our dinner yang ohsem, Ayam Rujak Pedas ni simple je nak buat. Masukkan paste, ayam dan air sikit. Bila ayam dah hampir masak, masukkan je santan dan tunggu sampai kuah pekat. JD susun-susun daun salad dalam pinggan dan tuang ayam dengan kuahnya sekali dalam serving plate tu. Opor ayam pun not bad jugak. Perasaanya macam lepas dah sampling those paste kan, rasa macam menyesal je tak beli luggage check in masa booking flight ticket. Kalau tak, lagi banyak lah JD borang bahan masakan untuk guna sendiri mahupun buat buah tangan. Takpe..takpe… belajar dari kesilapan kan.

Habis dinner, JD pun terfikir-fikir apa nak buat malamnya. Confius jugak samada nak ke bar sambil tengok2 kehidupan malam dekat area Seminyak atau sekadar berehat-rehat saja dalam bilik. Akhirnya, kitorang decide nak explore gay area sekitar Jalan Dhyana Pura yang terletak lebih kurang 10 ke 15 minit kalau naik teksi dari villa kitorang. Itu, akan JD ceritakan di entry yang lain ya.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s