Makan-Makan di Imperial Chakri Palace, Pavilion, Kuala Lumpur

Hari ni tetiba je craving nak makan Pad Thai. Mungkin disebabkan tengok ramai kawan-kawan JD yang ke Bangkok minggu ni untuk sambutan tahun baru Thai atau lebih dikenali sebagai Songkran. Maka ramai jugaklah diorang yang sibuk dok posting gambar Thai food especially Pad Thai ni.

So, JD pun dengan immediate effectnya terus search dekat mana restaurant Thai in town yang ada jual Pad Thai yang sedap. Dari hasil research, kebanyakan Thai restaurant terletak di kawasan yang tak boleh JD nak pergi sbb JD tak drive hari ni.

20140411_194358

So, pilihannya adalah Imperial Chakri Palace di KLCC ataupun Pavillion. Then, JD google di Groupon, ada pulak promotion RM15 for RM30 voucher dan RM30 for RM70 voucher untuk Pavillion outlet. Dengan sepantas kilat, JD terus beli voucher yang berharga RM30.

Lepas kerja, office mate JD hantar ke Bukit Bintang dan our reservation actually 8.00pm dan kami dapat table pukul 7.30pm. Nasib baik.

Photo Collage Maker_sgYJEM

Sedap ke tidak foods dekat Chakri Palace ni? Hahaha… nama nak grand. Overall just okay saja. I mean, just okay okay. Maybe sebab JD pernah kerja untuk satu Thai restaurant milik kawan Thai JD masa duduk dekat Vietnam dan their food is the best in the world. Chewah.

Appetiser we all order Som Tam atau nama melayunya Kerabu Mangga dengan kepedasan tahan biasa. Portionnya just nice. Tapi lebih nice kalau diorang letak lebih udang kering dan lebih kacang yang ditumbuk. Baru lah original dan ada uhm.

20140411_195552

Then, we all order tom yam seafood. Rasanya kurang uhm sebab taste macam kurang something. Mungkin rak cukup rasa or aroma daun limau dan jugak serai. Seafoodnya pun tak berapa fresh. So, its just a normal seafood tom yam for us. I like it taste stronger.

20140411_195634

Then, the mission of the day. The Pad Thai. Sebenarnya Pad Thai ni just okay saja. Mungkin agak basah sbb JD expect Pad Thai yang dihidang lebih kering. Taste wise, mungkin perlu letak lebih sikit fish sauce dan lebih udang kering. Tak bolehlah nak kedekut sangat sebab diorang punya restaurant ni tempatnya grand.

20140411_195934

Our drinks, say no to Chinese Tea walaupun ada dalam menu dan termurah. So, eloklah u all order Thai Milk Tea atau Thai Tea ice. Kalau suka manis, mintak lah susu atau gula lebih sikit.

20140411_195251

Untuk dessert, JD order pulut mangga. Tapi sayang, tak berjaya sangat nak impresskan JD. Pulutnya agak keras. Maybe dah masuk angin sebab dah lama sangat prepare. Then santannya tak berapa banyak dan kurang garam. Buah mangganya pun agak ranum. Dia kalau nak sedap better guna mangga yang ngam ngam masak. So, overall Pulut Mangga tu just biasa2 saja. Tak best pun.

20140411_203540

Overall, pengalaman menikmati Thai food di Imperial Chakri Palace adalah just biasa-biasa saja. Really nothing to shout about. If the cheap foods just taste normal, JD tak surelah kalau makanan yang lebih mahal macamana rasanya.

Lain kali, JD nak cuba tempat2 yang dilistkan di bawah ni untuk mencari Thai restaurant terbaik di Kuala Lumpur. Cayalah!!!

Advertisements

3 thoughts on “Makan-Makan di Imperial Chakri Palace, Pavilion, Kuala Lumpur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s