Bali Hari Ke-3: Penginapan di Grand Istana Rama Hotel, Kuta, Bali

Hi semua,

Kali ini JD akan kongsikan lagi tentang pengalaman JD semasa bercuti di Bali. Okaylah, rasanya penulisan sebelum ini terlalu ‘pasar’ dan sebenarnya JD masih lagi tercari-cari gaya apa yang sesuai untuk blog berbahasa Melayu ini. Anyway, konsepnya masih sama iaitu JD akan campurkan Bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi mungkin lebih formal dan pengunaan bahasa pasar adalah sangat minimal.

20140315_112712

Terus ke coretan hari ke-3, kami bangun pagi agak lewat, maklumlah malam tadi kan dah overnight gitew. Jam 8.30 pagi, sarapan dah pun disediakan oleh pihak villa diruang makan dalam villa JD. So, semalamnya memang dah diingatkan oleh staff reception yang katanya tak perlu kunci pintu utama pada jam 7.00pagi sebagai tanda kita membenarkan staff service untuk menhantar makanan. Tapi pintu bilik tidur boleh kunci lah. Kalau korang tak ingat macamana layout villa JD ni, cer baca semula article ni ya.

Dalam pukul 10.00pagi, JD dan Chris pun bersiap-siaplah untuk check out dan gerak ke hotel seterusnya di Kuta. Hai lah beratnya hati nak meninggalkan New Pondok Sara Villa yang sangat…sangat…sangat… selesa ni. Apapun, JD harapkan, penginapan seterusnya ini akan tak kurang hebatnya jugak.  🙂 Jarak antara New Pondok Sara Villa ke penginapan seterusnya di Grand Istana Rama Hotel nampak macam dekat. Tapi kami dah belajar dari pengalaman sebelumnya, naik teksi bukan lah mahal mana dan boleh jimat masa. Lagi satu kelebihan JD ialah Bahasa Indonesia JD yang agak fluent (pengaruh dan akibat terlalu banyak menonton sinetron Indonesia) menyebabkan semuanya jadi mudah.

IMG_2568

IMG_2556

IMG_2744

Kurang lebih 30 minit, kami pun sampai ke Grand Istana Rama Hotel di Kuta Bali. Hotel ini terletak di Jalan Pantai Kuta ataupun JD senang cakap, betul-betul di Pantai Kuta, iaitu pantai utama bagi para wisatawan di Bali. Disebabkan kami sampai awal, dan waktu check in adalah pada jam 2.00petang, macam biasa, JD register dulu dan tinggalkan beg pada concierge sebelum berjalan-jalan disekitar Kuta.

Nanti JD akan ceritakan tentang ke mana JD dan Chris pergi sebelum tunggu waktu check in ke bilik kami. Tapi sekarang ni, JD nak share tentang bilik kami di Grand Istana Rama Hotel Kuta, Bali ini. Seriuskan bunyinya? Hahahah….

IMG_2603

IMG_2602

Grand Istana Rama Hotel ini adalah sebuah hotel yang lama. Ataupun JD boleh cakap sangat lama… atau dengan bahasa kasarnya,.. buruk bagi sebuah penginapan berbintang 4. Perasaan tak best dah bermula sejak dari masa kitorang nak check in lagi. Muka staff sangat cantik dengan senyuman yang plastik. Kalau nak dibandingkan dengan staff di New Pondok Sara Villa (yang juga berbintang empat, memang jauh ke daratlah bezanya).

Setelah dapat kunci bilik sekitar 2.30petang (lewat 30 minit), kami pun dibawa ke bilik kami. Okay, penginapan di Istana Grand Rama ni semuanya tiga tingkat saja. So, bilik korang adalah samada ditingkat bawah, tengah ataupun di atas. Macam JD punya bilik ini terletak ditingkat atas bahagian hujung sekali. Rasa macam duduk dekat asrama pulak. Takpe, masa jalan dengan tukang bawa beg ke bilik kitorang, JD dah suspen dah..hahaha…

Sampai saja dalam bilik, bau antik terus menyapa hidung dan selepas lampu dipasang, terlihatlah ruang bilik yang sangat lama…diulang…. sangat lama. Cukuplah dengan katil bersaiz queen dan meja sisi. Dua tempat duduk, balkoni yang tak akan diguna pakai (sebab tak boleh nampak pantai pun kalau duduk dekat balkoni ni) dan TV yang very the zaman dulu (flat screen pleaseeeeee…..)

20140315_141842

20140315_141913

Toilet adalah yang paling azab sekali. Dengan kesan-kesan (macam tak kena cukup sental nih), lantainya yang nampak macam kotor, bau yang tak best (sebab air ventilation tak okay kot untuk toilet ni) dan JD boleh kata yang this is the worst toilet ever untuk hotel berbintang 4 yang pernah JD jumpa.

Dalam banyak-banyak perkara, ada dua saja yang JD akan puji tentang Grand Istana Rama ini. Pertama, lokasinya yang sangat strategik apabila Pantai Kuta hanya di seberang jalan dan tilamnya yang sangat empuk. Selain daripada itu, JD akan kata..K.O…

So, pada pendapat JD, menginap di Grand Istana Rama adalah pilihan yang kurang sesuai kalau korang nak diappreciate like a queen and king. Ini adalah penginapan yang biasa-biasa saja dan JD perlu highlight yang harganya taklah murah, RM290/night. Nasib baik JD tinggal satu malam saja dekat sini dan JD cuma mandi sekali saja sebab tak selera dengan tandas/bilik mandinya yang ..very the…ini. Sekian.

IMG_2561

Hai..muka marah nampak? Hahaha….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s